Friday 20 July 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BA 2012


banner perasmian motivasi dan teknik menjawab bahasa arab k1 & k2


sesi pendaftaran pelajar lelaki..bersemangat mereka tuh!!

SAM Sg Haji Dorani, Sg Besar, 21 JULAI 2012/1 RAMADHAN 1433H - Satu program yang telah disusun oleh Panitia Bahasa Arab sejak awal tahun lagi dapat dijalankan pada hari ini. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, program teknik menjawab bagi subjek Bahasa Arab dapat dijalankan dengan jayanya.

Program tersebut adalah kerjasama antara Panitia Bahasa Arab dengan Interactive Learning Solution. Program bermula dari jam 7.30 pagi dengan pendaftaran pelajar. Slot 1 dimulakan jam 8.30 pagi oleh ust Saudi b Abdullah yang menumpukan pada topik-topik qawaid.

pendaftaran pelajar perempuan 'banati"

sesi pagi sedang berjalan...al khabir min al muhadhir ust Saudi Abdullah


ketekunan dan kerajinan menjamin kejayaan kalian

sesi petang.. pelajar masih cergas walaupun awal Ramadhan...berkat Ramadhan

 walau apapun yang datang ..kami tetap di kerusi kami..

apa jua bentuk soalan..kami mampu menjawabnya


MAJLIS PENUTUP 
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB KERTAS 1 DAN 2

penyampaian cenderemata kepada penceramah ust Saudi Abdullah oleh PK 1, ust Mohd Ngisa Shaien


cendermata kepada pengurus Interactive Learning Solution, en Ismue Dato Ismail


bergambar beramai-ramai..KAMI BOLEH LAKUKAN "A+".. YEAAAHH!!

ya !! KAMI BOLEH LAKUKAN..

DOAKAN KAMI SEMUA... "A" DLM GENGGAMAN KAMI.. AMIN!










Thursday 19 July 2012

BUKU LATIHAN KERTAS 1 FORMAT BARU 2012

SALAMUN ALAIKUM JAMIA'N..

Kepada semua calon SPM 2012 dan guru Bahasa Arab SPM.. berita baik untuk kalian.. kini ust dah terbitkan sebuah buku latihan Tasyjii' untuk latih tubi mingguan@harian yang berformat terbaru...


Dan satu lagi, nota ringkas pun ada sekali disisipkan di belakangnya.. kelebihannya nota tersebut disertakan bentuk-bentuk soalan yang keluar di dalam peperiksaan dan tunjukkan cara menjawab yang betul..



Tak Lupa juga disediakan skema jawapan.. sebenar utk guru je.. 



Harganya 3 in 1: latihan + nota + skema = RM10 je..
mahal ke??? entah lah.. x kiralah.. yg penting ilmu dalamnya..kalu dinilai dgn duit, rasanya x terkata..
lagipun buku belum ada dipasaran lagi.. semua cetak + hantar + design + tempat = semua sendirian berhad + bantuan Allah Taala..

x perlulah berkira sangat dlm menuntut ilmu.. walLah A'lam


SELAMAT BERPUASA 1433H DAN BUATLAH YANG TERBAIK...

* PESANAN : Kepada rakan-rakan yg dah dapat buku cetakan pertama, terdapat ralat di dalam buku latihan tersebut.. pembetulan akan dihantar melalui email beserta skemanya..

Harap maaf 3x

* Nantikan pula Kertas 2...
* Nak Murah lagi.. tunggu tahun depan 2013.. InsyaLLah setelh dicetak..

Monday 9 July 2012

مسابقة المناظرة باللغة العربية بين المدارس الثانوية 
على المستوى الوطني بمشاركة دول جنوب شرق آسيا 6-10 يوليو 2012
PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN NUSANTARA 6-10 JULAI 2012

ANJURAN BPI DENGAN KERJASAMA UNI. SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

USIM,Nilai (6-10/7/2012) - Tahun dan hari ini dalam sejarah SAM SH HAJI DORANI kerana buat pertama kalinya menyertai pertandingan debat Bahasa Arab bagi peringkat kebangsaan.
Mungkin nama sekolah ini belum dikenali di Semanjung, apatah lagi Sabah dan Sarawak, namun setelah menyertai pertandingan ini, nama sekolah ini menjadi sebutan dan tanda tanda pada rakan-rakan sekolah lain yang bertanding.
Lebih membanggakan, peserta sekolah telah menunjuk dayasaing dan juang semaksima mungkin. Maklumlah, yang bertanding bukan calang-calang sekolah, namun itu tidak menjadi masalah dan halangan untuk meraihkan sebrang kejayaan.
Pasukan sekolah telah diwakili oleh empat orang puteri iaitu :
1-Nur Syaidatul Akma bt Mat Salleh (5F)
2- Maisarah bt Othman (5F)
3-Nur Haifa Akila bt Mohammed Tohid (4F)
4- Nur Syazleen bt Miswani (4F)

Tidak dilupakan kepada jurulatih merangkap juruletih dan "driver" sepanjang perjalanan : ust Baharuddin bin Shahman (duit minyak kena tambah lagi....) yang bertungkuslumus memastikan peserta dapat membat persembahannya yang terbaik.

Seorang lagi yang berperanan penting : Ust Abd Halim bin Sulaiman, sebagai hakim yang adil dalam mengadili pertandingan  dan "SPY" kami untuk mendapatkan maklumat pasukan lawan.

Tahniah di atas semangat kalian, walaupun rasa kepenatan sepanjang pertandingan namun kepuasaan teraut pada wajah mereka.

Setelah berjuang selama 3 hari (hari pertama pendaftaran je..dan kelima untuk akhir je.. harap maklum), maka inilah hasilnya :

Hari Kedua
1- SAM SHD VS SMKA SEGAMAT, Johor - menang 2-1
2- SAM SHD VS SMKA PEDAS, N. Sembilan - kalah 1-2
3. SAM SHD VS SMK Mutiara, Labuan - menang 3-0

Hari Ketiga
4- SAM SHD VS SMKA SHEIKH ABD MALIK, Trengganu - menang 3-0
5- SAM SHD VS SMKA AL IRSHAD, Penang - kalah 0-3
6- SAM SHD VS SMKA LIMAUAN KIMANIS, Sabah - kalah 1-2

Itulah keputusan yang terhasil. Kalaulah kali pertama sudah nampak kejayaan sebegini, bagaimana pula sekiranya diasah bakat yang lain!??? Boeh masuk peringkat seterusnya ( sekolah kena support lebih lahhh)

RANKING keseluruhan : jeng3.. nombor ke 24 daripada 50 buah sekolah... maknanya zon selamat untuk pertandingan tahun hadapan.. mudah2han dapat lah ..

RANKING pendebat terbaik SAM SHD :
1- Nur Syaidatul Akma - ke 28/150
2- Maisara - 38/150
3- Haifa Akila - 78/150

TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA DARI KAMI, PIHAK PANITIA BAHASA ARAB 2012 DAN JUGA PIHAK SEKOLAH.. USAHA KALIAN TIADA YANG SELAYAKNYA UNTUK MEMBALASNYA MELAINKAN ALLAH TAALA..

** di bawah ini  ust uploadkan gambar sepanjang perjalanan kami di USIM..
Antara pasukan Selangor yang turut serta :
1- SAM SHD (24)
2- SAMT Batu 38 (suku akhir)
3- SAM TK ( x pasti)
4- SAM Hishamudin (22)
5- SAMT Hishamsuddin (separuh akhir)
6- KISAS (suku akhir)
7- SAM Salak Tinggi (23)


MINGGU BAHASA ARAB 2012/أسبوع اللغة العربية

أهلا وأهلا ...ومرحبا بكم.. مجيئكم نفضلّه
SELAMAT DATANG .. KEDATANGAN KALIAN DIALU-ALUKAN

أولا .. نشكر الله تعالى بعنايته سنقيمُ برنامجا رائعا لكل الطلاب هذه المعهد
ألا وهو "أسبوع اللغة العربية 2012"..بهدف : تثمير اللغة العربية

segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, pada Ummu al Mu'minin, zuriat, para sahabat serta para tabiein  sekalian..

Pada tanggal 2 Jamadil Akhir 1433 H, bersamaan 23 April 2012, maka telah rasmilah program yang disusun oleh pihak Painitia Bahasa Arab (BA+BAK) dengan kerjasama Panitia al Azhar, Persatuan Bahasa Arab dan Pusat Sumber Sekolah.

Dengan ini, guru dan pelajar dilatih seboleh mungkin untuk bertutur dalam bahasa Arab, walau sedikit mana pun, sesusah mana pun atau semalu mana... belum dicuba .. mana nak tahu..
semoga aktiviti murni ini mendapat rahmat dari Allah dan dipermudahkan untuk semuanya.. Amin..

الطلاب يجتمعون في قاعة "بوموغ بيرو" خاشعين
الطالبات يَجْلِسْنَ تحتَ قاعةِ بومبوغ بيرو خاشِعَاتٍ

نبدأ ببسم الله الرحمن الرحيم

افتتاحا رسميا أسبوع تثمير اللغة العربية 2012

وضْعُ التوقيع الرسمي من المديرة المحترمة حاجة نورحياتي بنت عثمان




GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

KHAT

SILANG KATA

KUIZ


* harap maaf dr editor krn x sempt nk uplod sepenuh... sebb byk lg kerja nak buat... sabar je lah...
insyaAllah lepas upload Debat BA keb.  boleh smbug yg ni ... wasslam