Tuesday 14 August 2012

SALAM I'DUL FITRI SALAM 1 SYAWAL 1433H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Menyambut I'dul Fitri.. Bulan kembali kepada FITRAH setelah mensucikan diri di bulan Ramadhan.. semoga ianya sesuci bayi yang baru dilahirkan AMIN.. oleh itu wahai sahabat dan anak didik ustaz, jangan dicemarkan kesucian itu dengan dosa-dosa baru dan perkara yang tidak sepatutnya..

Sucikan lebaranmu itu dengan takbir, tahmid, tasbih dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.. eratkan hubungan silatur rahim, jernihkan kembali raut wajah kusammu dengan ucapkan keampunan yang terpendam di hati.. semoga ALLAH menerima taubat hambanya..


Di kesempatan hari yang mulia ini, kami AJK Panitia Bahasa Arab ingin mengucapkan SELAMAT BERHARI RAYA DI I'DUL FITRI...segala kemaafan dipohonkan bersama.. kekurangan kami sepanjang menjalankan tugas sebagai rakan seperguruan harapkan dimaafi..

Kepada anak didik ustaz, kami memohon kemaafan sekiranya sepanjang perjumpaan kita di dalam kelas atau di luar banyak mendatang ketidaksenangan kalian.. namun niat kami hanyalah satu.. menjadikan kita dan KALIAN seorang insan yang berilmu, memahami sebaik mungkin dan terkeluar dari kejahilan..

Anggaplah segala teguran itu sebagai mutiara kata yang tidak terhingga harganya.. kerananya ia dapat merubah hati kita kepada kebaikan..
semoga apa yang kami curahkan menjadikan ia sebagai amal jariah yang tidak putus-putus.. dan sampaikanlah ia kepada mereka yang lain..

SALAM KEMAAFAN DARI KAMI :
UST BAHARUDDIN BIN SHAHMAN
UST ABDUL HALIM BIN SULAIMAN
PANITIA BAHASA ARAB SAM SHD, SG BESAR

Sunday 12 August 2012

PECUTAN AKHIR BAHASA ARAB PMR & PMR 2012

PECUTAN AKHIR CALON BAHASA ARAB

SPI, SHAH ALAM, 13 OGOS 2012 : Pihak SPI dengan kerjasama dari Jurulatih Bahasa Arab Selangor akan mengaturkan satu program PECUTAN AKHIR BAHASA ARAB PMR & SPM untuk semua calon yang mengambil subjek Bahasa Arab, iaitu PMR dan SPM.

Antara daerah yang terlibat dengan program ini adalah :

a- PMR : semua daerah negeri Selangor
b- SPM : daerah Gombak, Kuala Langat, Ulu Langat

Oleh itu, kepada semua guru Bahasa Arab dan calon.. marilah semua bergabung tenaga untuk memastikan kita mendapat kejayaan yang cemerlang..Amin