Thursday 27 December 2012

MESYUARAT GURU 2013 & PERSIAPAN SESI 2013

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Berjumpa kembali di lembaran baru 2013/1434, segala kesyukuran ke hadrat Allah dengan kurniaan nyawa, Iman dan Islam di dalam diri kita...
masih diberikan kesempatan hidup untuk menambah iman dan amal.. sebagai bekalan ke negeri akhirat kelak..
Junjungan selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW yang berterusan dan berkekalan.. moga ia adalah syafaat kepada kita ketika datangnya hari tiada pertolongan..

Alhamdulilah... telah pun selesai mesyuarat guru SAM SHD bagi menghadapi sesi baru 2013..
Telah dimulakan pada hari Rabu lagi (26/12/12) yang lalu dan disambung pada hari Khamis (28/12/12) dengan mesyuarat kokurikulum dan HEM..
Jumaat pula, hari pra sekolah bagi semua pelajar tingkatan 2 hingga 5, membuar persiapan awal membersihkan kelas dengan pemantauan guru kelas masing... nanti hari Rabu (2/1/13), P&P dapat dijalankan tanpa memikirkan persiapan lagi..

Tidak lupa pula, hari ini Khamis (28/12/12) adalah hari bersejarah bagi pelajar baru.. iaitu hari Pendaftaran ke alam baru.. alam sekolah menengah.. maknanya kalian sudah menjadi warga remaja dan pastinya junior kepada abang dan kakak senior..

PIHAK PANITIA BAHASA ARAB SAM SHD 2013M/1434H MENGUCAPKAN :

AHLAN WA SAHLAN KEPADA SEMUA PELAJAR DARI TING. 1 HINGGA 5
KE SEKOLAH INI..

SEMATKAN DI DALAM DIRI KALIAN NIAT BELAJAR SETULUS MUNGKIN..
JGN LUPA HORMATI GURU, IKUTI PERATURAN SEKOLAH, SAYANGI RAKAN DAN TIDAK LUPA USAHA YANG JITU.. AMIN


No comments:

Post a Comment