Monday 9 July 2012

مسابقة المناظرة باللغة العربية بين المدارس الثانوية 
على المستوى الوطني بمشاركة دول جنوب شرق آسيا 6-10 يوليو 2012
PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN NUSANTARA 6-10 JULAI 2012

ANJURAN BPI DENGAN KERJASAMA UNI. SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

USIM,Nilai (6-10/7/2012) - Tahun dan hari ini dalam sejarah SAM SH HAJI DORANI kerana buat pertama kalinya menyertai pertandingan debat Bahasa Arab bagi peringkat kebangsaan.
Mungkin nama sekolah ini belum dikenali di Semanjung, apatah lagi Sabah dan Sarawak, namun setelah menyertai pertandingan ini, nama sekolah ini menjadi sebutan dan tanda tanda pada rakan-rakan sekolah lain yang bertanding.
Lebih membanggakan, peserta sekolah telah menunjuk dayasaing dan juang semaksima mungkin. Maklumlah, yang bertanding bukan calang-calang sekolah, namun itu tidak menjadi masalah dan halangan untuk meraihkan sebrang kejayaan.
Pasukan sekolah telah diwakili oleh empat orang puteri iaitu :
1-Nur Syaidatul Akma bt Mat Salleh (5F)
2- Maisarah bt Othman (5F)
3-Nur Haifa Akila bt Mohammed Tohid (4F)
4- Nur Syazleen bt Miswani (4F)

Tidak dilupakan kepada jurulatih merangkap juruletih dan "driver" sepanjang perjalanan : ust Baharuddin bin Shahman (duit minyak kena tambah lagi....) yang bertungkuslumus memastikan peserta dapat membat persembahannya yang terbaik.

Seorang lagi yang berperanan penting : Ust Abd Halim bin Sulaiman, sebagai hakim yang adil dalam mengadili pertandingan  dan "SPY" kami untuk mendapatkan maklumat pasukan lawan.

Tahniah di atas semangat kalian, walaupun rasa kepenatan sepanjang pertandingan namun kepuasaan teraut pada wajah mereka.

Setelah berjuang selama 3 hari (hari pertama pendaftaran je..dan kelima untuk akhir je.. harap maklum), maka inilah hasilnya :

Hari Kedua
1- SAM SHD VS SMKA SEGAMAT, Johor - menang 2-1
2- SAM SHD VS SMKA PEDAS, N. Sembilan - kalah 1-2
3. SAM SHD VS SMK Mutiara, Labuan - menang 3-0

Hari Ketiga
4- SAM SHD VS SMKA SHEIKH ABD MALIK, Trengganu - menang 3-0
5- SAM SHD VS SMKA AL IRSHAD, Penang - kalah 0-3
6- SAM SHD VS SMKA LIMAUAN KIMANIS, Sabah - kalah 1-2

Itulah keputusan yang terhasil. Kalaulah kali pertama sudah nampak kejayaan sebegini, bagaimana pula sekiranya diasah bakat yang lain!??? Boeh masuk peringkat seterusnya ( sekolah kena support lebih lahhh)

RANKING keseluruhan : jeng3.. nombor ke 24 daripada 50 buah sekolah... maknanya zon selamat untuk pertandingan tahun hadapan.. mudah2han dapat lah ..

RANKING pendebat terbaik SAM SHD :
1- Nur Syaidatul Akma - ke 28/150
2- Maisara - 38/150
3- Haifa Akila - 78/150

TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA DARI KAMI, PIHAK PANITIA BAHASA ARAB 2012 DAN JUGA PIHAK SEKOLAH.. USAHA KALIAN TIADA YANG SELAYAKNYA UNTUK MEMBALASNYA MELAINKAN ALLAH TAALA..

** di bawah ini  ust uploadkan gambar sepanjang perjalanan kami di USIM..
Antara pasukan Selangor yang turut serta :
1- SAM SHD (24)
2- SAMT Batu 38 (suku akhir)
3- SAM TK ( x pasti)
4- SAM Hishamudin (22)
5- SAMT Hishamsuddin (separuh akhir)
6- KISAS (suku akhir)
7- SAM Salak Tinggi (23)


No comments:

Post a Comment