Friday 20 July 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BA 2012


banner perasmian motivasi dan teknik menjawab bahasa arab k1 & k2


sesi pendaftaran pelajar lelaki..bersemangat mereka tuh!!

SAM Sg Haji Dorani, Sg Besar, 21 JULAI 2012/1 RAMADHAN 1433H - Satu program yang telah disusun oleh Panitia Bahasa Arab sejak awal tahun lagi dapat dijalankan pada hari ini. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, program teknik menjawab bagi subjek Bahasa Arab dapat dijalankan dengan jayanya.

Program tersebut adalah kerjasama antara Panitia Bahasa Arab dengan Interactive Learning Solution. Program bermula dari jam 7.30 pagi dengan pendaftaran pelajar. Slot 1 dimulakan jam 8.30 pagi oleh ust Saudi b Abdullah yang menumpukan pada topik-topik qawaid.

pendaftaran pelajar perempuan 'banati"

sesi pagi sedang berjalan...al khabir min al muhadhir ust Saudi Abdullah


ketekunan dan kerajinan menjamin kejayaan kalian

sesi petang.. pelajar masih cergas walaupun awal Ramadhan...berkat Ramadhan

 walau apapun yang datang ..kami tetap di kerusi kami..

apa jua bentuk soalan..kami mampu menjawabnya


MAJLIS PENUTUP 
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB KERTAS 1 DAN 2

penyampaian cenderemata kepada penceramah ust Saudi Abdullah oleh PK 1, ust Mohd Ngisa Shaien


cendermata kepada pengurus Interactive Learning Solution, en Ismue Dato Ismail


bergambar beramai-ramai..KAMI BOLEH LAKUKAN "A+".. YEAAAHH!!

ya !! KAMI BOLEH LAKUKAN..

DOAKAN KAMI SEMUA... "A" DLM GENGGAMAN KAMI.. AMIN!










No comments:

Post a Comment